5 Idea Bisnes Modal Rendah Khas Buat Surirumah Ada Anak Kecik

Monday, October 02, 2017

Pertama sekali Eray ucapkan TAHNIAH buat surirumah yang sudah berniat untuk mulakan bisnes modal rendah. Mulia sungguh hati seorang isteri, sanggup korbankan masa terluang untuk membantu suami kukuhkan ekonomi keluarga.

Banyak sekali pilihan untuk buat bisnes modal rendah dari rumah.

Berikut Eray kongsikan 5 pilihan untuk rujukan anda;



1. Jual Cookies 

Modal kurang dari RM100.00 dan sebiji oven. Tak kisahlah jenama apa dan kapasiti besar mana. Pasaran? Jangan risau, ramai orang suka makan cookies.

Buat tester, dan edarkanlah pada jiran tetangga. Minta suami tolong sekali untuk bawakan tester bagi kawan pejabat dia rasa.

Sambil-sambil tu, gunakan FB dan IG untuk promosikan cookies anda.

Untung? Lebih kurang dua kali ganda dari modal. Biasanya kedai jual alatan buat biskut dan kek menjual bahan pada harga yang lebih murah. Survey dan pilih yang terbaik.

Resepi cookies ada banyak, paling kurang mesti ada satu resepi yang anda biasa buat dan anak-anak suka kan?

Ini resepi cookies yang Eray pernah guna untuk buat jualan.

2. Servis Penghantaran Makan Tengahari

Ramai orang yang kerja pejabat malas nak keluar makan. Salah satu sebab masa yang suntuk. Oleh itu, servis penghantaran makan tengahari adalah antara idea yang 'best'.

Mulakan servis di pejabat suami dan lantiklah suami untuk jadi 'delivery boy'.

Buat menu yang simple dan menarik. Seperti spaghetti bolognese atau carbonara. Google saja, pasti tercetus idea untuk bisnes ini.

Modal bisnes ini juga sangat rendah. Contohnya spaghetti bolognese per pax, modalnya dalam RM4.00 sahaja. Anda boleh jual RM8.00 sebekas.

3. Jual Nasi Lemak

Hari itu pernah viral bukan seorang ibu mengendong anaknya menjual nasi lemak di tepi jalan. Ini juga idea yang sangat baik.

Buat nasi lemak RM1.00 sebungkus. Jika lokasi rumah anda ramai orang lalu lalang, buka satu meja. Tak perlu buat banyak. Mulakan dalam 30-50 bungkus sahaja.

Kos buat nasi lemak pun murah. Bahan pun senang untuk didapati.

Cara satu lagi, anda buat nasi lemak dan tolak terus pada penjual sarapan pagi yang ada dikawasan anda. Tiada apa yang mustahil.

4. Berniaga Sandwich

Sekarang sandwich bukan sahaja orang buat makan waktu sarapan. Sandwich sekarang sudah dihidang ketika majlis keraian, seperti majlis hari lahir.

Anda perlukan inspirasi untuk mula bisnes modal rendah sandwich? Boleh lihat Garsa Kitchen. Kagum melihat perniagaan sandwich mereka berkembang.

5. Jadi Agen Jual Produk

Berlambak produk kecantikan dan kesihatan yang ada dipasaran. Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk mulakan bisnes.

Lebih bagus lagi, anda boleh buat bisnes begini di atas talian sahaja. Anda boleh terus berniaga tanpa risaukan bagaimana untuk menguruskan anak-anak.

Namun pilihlah produk yang kukuh, selamat dan berkesan. Ini perlukan sedikit masa untuk anda buat kajian. Sebagai contoh bisnes Shaklee, modalnya cuma RM69.00.

Tidak perlu modal untuk membeli stok. Hanya apabila pelanggan setuju membuat belian. Dan membuat bayaran, barulah anda belikan untuknya.

Belian produk boleh dibuat di http://www.shaklee2u.com.my. Anda terus dapat untung runcit dan bonus (bergantung pada jumlah jualan) pada pertengahan bulan berikutnya.

Sebagai contoh, untung runcit sebotol Vivix RM70.00. Ini baru sebotol. Bayangkan anda berjaya jual 2 botol sahaja sehari, RM140.00 masuk poket anda begitu saja.

Ini tak termasuk lagi bonus. Soalannya adakah anda sanggup mengambil langkah pertama?

Pesanan pelanggan pula 100% diuruskan oleh pihak Shaklee Malaysia.

Mudah bukan?

Anda hanya fokus untuk mempromosikan produk secara online. Samaada melalui blog, FB atau IG. Lagipula anda akan dibimbing oleh mentor yang berpengalaman.

Pilihlah bisnes yang mudah dan murah untuk dimulakan. Orang putih kata "Starts small, end big."

Selagi anda tidak mula mengambil langkah, selagi itulah anda tidak akan tahu potensi diri.

Jom sama-sama kita jadi surirumah bergaji dan membantu suami tercinta. Paling tidak, kalau ternampak baju cantik di IG atau FB tidak lagi perlu memendam rasa atau minta pada suami. Anda dah boleh beli sendiri.

Nikmat!

Jika anda berminat untuk mula bisnes Shaklee, boleh WA/SMS Eray di 0167731892 untuk perkongsian lanjut. I wait for you ya.



You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube