Ibu Menyusu Kerap Lapar? 5 Panduan Atasi Supaya Tidak Gemuk

Wednesday, August 16, 2017

Rasanya baru lepas makan tengahari tadi. Tak sampai sejam dah lapar. Getus hati. Memang ibu menyusu kerap lapar ke?

Jawapannya ya!

Ini kerana badan ibu bekerja keras semasa menyusukan anak. Kira-kira 300-500 kalori terbakar setiap hari.

Beruntung ibu yang menyusukan, boleh kurus cepat. Cuma, masalahnya ibu akan menjadi lapar selepas menyusukan.

Jadi apa yang ibu perlu lakukan supaya badan tak naik seperti dipam-pam?

Ini 5 Cara Atasi Supaya Ibu Menyusu Kerap Lapar Tidak Gemuk

lapar waktu mengandung, lapar waktu menyusukan, ibu menyusukan anak, ibu menyusui sering lapar, ibu menyusu asyik lapar
Sumber: http://www.dailymail.co.uk/

1- Makan 6 Kali Sehari

Kalau ibu ikut cara ini, pastinya tidak sempat lapar lagi.

Mulakan dengan sarapan di awal pagi, sekitar jam 6.30 - 8.30 pagi. Kemudian, makan pagi di antara 9.30 - 10.30 pagi.

Ambil makan tengah hari seawal 12.00 - 2.30 petang. Diikuti dengan minum petang, 3.30 -4.30 petang.

Di rumah, ambil makan malam seawal 6.30 petang - 8.30 malam. Tutup dengan 'supper' sebelum tidur, diantara 9.30 - 10.30 malam.

Waktu mengambil makanan sangat penting. Ianya membantu meningkatkan metabolisma badan. Jika metabolisma tinggi, risiko untuk gemuk akan berkurangan.

2- Makan Makanan Yang Sihat

Makan 6 kali sehari membantu untuk elak gemuk. Tapi ianya bersyarat.

Jika ibu makan coklat, jajan, keropok atau biskut. Atau apa sahaja makanan yang tinggi gula, jangan haraplah badan tidak menggemuk.

Gula yang tinggi adaah penyebab utama kegemukkan.

Ya ibu sudah bakar 500 kalori. Tapi makanan yang dimakan sehari 2000-3000 kalori, sedangkan ibu menyusu perlu sekitar 1800 kalori sahaja sehari.

Kalori yang lebih inilah membuatkan lemak badan terkumpul. Akhirnya berat bertambah dan menjadi gemuk.

Pilih makanan yang sihat. 

3- Kawal Portion

Masa berpantang boleh jaga portion makanan kan? Nasi ambil sesenduk je, kalau tambah mesti mak ke mak mertua membebel.

Teruskan kawal portion walaupun lepas pantang. Ini penting untuk atasi masalah ibu menyusu kerap lapar.

Amalkan pinggan suku-suku-separuh semasa makan tengah hari dan malam. Letak suku pinggan nasi, suku pinggan ayam atau ikan (atau apa saja protein) dan separuh pinggan sayur dan buah-buahan.

'Snacking time' boleh ambil sekeping roti atau biskut. Pastikan kalorinya dalam 150-200 sahaja.

Kalau Eray suka pilih roti wholemeal sapu The Jaw Kisser Peanut Butter. Tak pun sebungkus biskut belVita.

Tapi yang paling Eray suka adalah Energizing Soy Protein (ESP) . Kalorinya sekitar 105 kalori sahaja. Ia membuatkan Eray rasa kenyang lebih lama.

Bila kenyang lebih lama, pastinya mulut tak lah gatal nak mengunyah je kerjanya kan?

Kadang-kadang makan malam pun Eray gantikan dengan ESP campur oat. Perut kenyang, kalori rendah dan pastinya berat tak naik. Siap boleh turun lagi berat tau.


4- Minum 2-3 Liter Air

Masih rasa lapar walaupun dah makan 6 kali? Boleh cuba cara ini, setiap kali rasa lapar minum air kosong segelas.

Tunggu sekejap, biasanya rasa lapar akan hilang.

Kita sendiri boleh 'trick' badan kita tau. Hebat kan!

Pengambilan air sangat penting. Tak cukup air membuatkan badan tak dapat berfungsi dengan baik. Ia juga boleh buat susu ibu sikit.

Sebaiknya guna botol yang boleh disukat. Paling senang 'recycle' je botol mineral yang beli kat kedai tu.

Buat target untuk minum 2-3 liter sehari.

Eray pun nak mula balik hari ni. Air yang cukup membantu berat turun dengan lebih efektif.

5- Pilih Sehari Cheat Day!

Sememangnya akan timbul rasa bosan untuk makan makanan yang sihat. Jadi hadiahkan diri dengan cheat day.

'Cheat Day' adalah hari di mana korang pilih untuk makan apa sahaja yang dimahukan. Tapi ingat ya, hanya satu hidangan sahaja.

Paling elok pilih hidangan makan tengah hari.

Ianya bukan sahaja meransang rasa gembira. Tetapi bagus untuk tingkatkan metabolisma badan. 

Mudah bukan 5 cara ini? Pastinya hilang masalah ibu menyusu kerap lapar.

Lapar hilang, badan pun tak gemuk.

Oh mana tahu ada yang nak cuba ESP, harganya RM161.25. Boleh klik BELI ESP untuk pembelian online.

Atau boleh terus hubungi;

Eray Majid

Pengedar Shaklee

SMS/WA;

0167731892

Emel;

eray2311@gmail.com





You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube