Usah Putus Asa Dengan Anak

Friday, October 14, 2016

Assalamualaikum,
 
Usah putus asa dengan anak. Rayna masa masuk darjah satu bulan Januari lepas sangat lemah membaca. Dia budaknya jenis yang aktif dan suka bermain. Macam-macam kejap jadi doktor, jadi mak, jadi kucing, jadi baby. Sangat ringan tulang. Walaupun kadang-kadang Eray terpaksa keluarkan suara naga baru dia nak buat.

Risau, cukup risau. Lagi-lagi ada sekali tu dia bawa balik cerita yang kawan dia kata dia tak pandai membaca. Masa sesi berjumpa dengan cikgu pun, air muka cikgu tu cukup menyatakan yang Rayna tak seperti yang dia harapkan. Katanya sepatutnya budak masuk darjah satu dah pandai membaca.

Risau, tapi Eray tak putus asa. Lebih terima komen cikgu tu, ianya macam satu tamparan buat Eray. Sebabnya salah sendiri, berharap 100% pada sekolah tadikanya dulu. Sudahlah dulu hantar ke montessori. Eray gigih ajar dia membaca. Lepas Isyak ajak dia baca buku. Ulang guna buku Bacalah Anakku tu.

Liat juga mulanya. Tapi Eray rasuah kan hadiah. Eray kata kalau nak Little Pony kena pandai baca sebelum hari raya. Barulah bersemangat dia nak baca. Bila Eray lupa pun dia ingatkan. Eray siap print out dan tampal gambar mainan yang dia nak tu.

As day goes by, dah nak habis tahun 2016 pun. Ahad depan pun peperiksaan akhir tahun dah mula. Alhamdulillah, perkembangan Rayna sangat baik. Dia dah boleh membaca dengan baik. Walaupun agak perlahan. Tak dapat bayangkan masa peperiksaan awal dulu, sudahlah tak boleh baca. Patutlah cikgu kata dia asyik tengok kertas kawan-kawannya yang lain.

Mana tahu korang pun ada anak yang begini. Jangan putus asa. Teruskan support anak. Ajar perlahan-lahan. Kalau bukan kita ibu ayah, siapa lagi yang nak memandaikan anak. Setiap anak unik. Terus usaha dan bersabarlah. Macam tanam pokok, tanam tadi takkan esok nak berbuah kan?

Eray tahu masih jauh lagi perjalanan Rayna dan adik-adiknya. Masih banyak lagi perkara yang Eray dan suami perlu belajar dan aplikasikan. Supaya Rayna, Sofhea & Ruwayfi cemerlang dunia dan akhirat.
 

You Might Also Like

1 comments

  1. saya seorang cikgu dan belom berkahwin. saya suka article akak. dgn budak budak ni kita mmg takleh nak rasa give up dgn dowg. dgn students pun sometime saya rasa stress, tp dowg Amanah Allah.

    sis, please do visit blog saya yg comel ni heee. > www.ainazulkifli.com

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube