Be Mind For What You Wish For......

Wednesday, October 19, 2016

Assalamualaikum,

Most of the time kita tak sedar pun yang kita sedang membuat hajat. Dan yang lebih menakutkan lagi, hajat-hajat kita tu selalu saja negatif.

Korang pun mesti tak perasan kan?

Meh Eray nak cerita kisah seorang pakcik dengan anak perempuannya yang ada ekzema. Teruk ekzema anaknya tu.

Macam-macam ubat dah cuba. Duit? Jangan cakaplah beribu-ribu dah habis. Pakcik tu sangat sedih bila tengok keadaan anaknya tu.

Sampaikan dia kata "aku sanggup hilang tangan kanan aku ni, asalkan anak aku sihat". Bukan sekali, tapi berkali-kali.

Sehari tu mesti ada dua tiga kali dia ulang benda yang sama.

Sampailah satu hari tu, pakcik yang sedih ni dan anak perempuannya mengalami kemalangan. Teruk kereta mereka, total loss. Pakcik tu pulak, tangan kananya putus...terhempap tayar lori.

Tapi ada sesuatu yang pelik berlaku, anak perempuan dia. Bukan saja selamat dari kemalangan. Malah, ekzemanya sembuh. Pulih 100%.

Pakcik tu punya permintaan jadi realiti. Dan dia tak pernah sedar pun permintaan yang dia buat tu, akan betul-betul berlaku.

Losing an arms for his daughter health.

Orang kata, apa yang kita cakap ni satu doa. Tak kiralah kita cakap kuat-kuat atau dalam hati.

So be mind for what we wishing for.

Cakap perkara yang baik-baik saja. Bila terlintas kata-kata jahat tu, hentikan terus. Jangan layan. Balas balik dengan kata-kata yang baik saja.

Perkara begini, nampak macam ringan. Tapi impaknya......Subhanallah.



You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube