Resepi Nasi Goreng Cina Sedap, Senang & 100% Berkhasiat

Thursday, September 08, 2016

Assalamualaikum,

Entah kenapalah namanya Nasi Goreng Cina. Adakah sebab orang berbangsa Cina yang cipta resepi ni?


Atau mungkin, sebab kononnya orang Cina tak makan pedas. Lepas tu, kenapa tak ada nasi goreng Melayu, nasi goreng India?

Kan? Korang ada terfikir tak...ke Eray sorang je yang fikir. Hahaha.

Eray suka buat nasi goreng cina ni, senang sangat. 15 minit dah siap terhidang atas meja.

Kerja sendiri kat rumah kena bijak urus masa. Eray memang elak untuk berlama-lamaan di dapur. Kalau korang perasaan, resepi-resepi Eray semua senang dan siap cepat.

Lagipun nasi ni sesuai dengan selera anak-anak Eray. Diaorang jenis tak makan pedas.

Kalau keluar makan, nasi goreng nilah yang diminta.

Tapi bukan nak kata apalah, Eray masak 1000 kali lagi sedap. Haha bagilah chance nak puji diri sendiri.



Dah jom tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan.

  • 3 cawan nasi putih yang dah masak (kalau ini tak ada, maka tak jadilah resepi ini)
  • 3 ulas bawang putih (kalau rajin, korang raciklah..kalau super rajin, ketuk jelah)
  • 2 keping dada ayam (potong ikut saiz yang korang suka)
  • 1 biji telur
  • Garam
  • 1 cawan mixed vege
  • Dan sikit je sos tiram

Oh minyak jangan dilupa. Nanti nak tumis bawang putih tu pakai apa pulak kan.

Ayam tu kalau korang nak ubah jadi udang, sotong ke daging pun boleh. Cuma jangan guna sosej. Bukan apa, nanti nasi ni dah tak jadi berkhasiat dah. Hehehe.

Nak bubuh telur saja pun boleh. Ikut suka koranglah, selera masing-masing.

Kalau korang tengah buat diet eat clean,  nasi goreng cina ni pun salah satu menu makan tengahari yang sesuai.

Lagi bagus kalau gantikan minyak masak kepada minyak zaitun. 

Garam boleh ganti guna liquid amino. Sos tiram tak yah letak.

Kalau suka pedas, korang campaklah sebatang dua cili api. Barulah ngam!

Cara nak masak? Ini paling senang. Sambil jawab WA customer yang nak beli Shaklee pun boleh.

Tumis bawang putih.

Dah naik bau, masukkan ayam. Bagi masak sikit. Bubuh mixed vege.

Buat lubang kat tengah-tengah, pecahkan telur ayam. Eray guna telur ayam kampung, Omega 3 dia lagi tinggi dari telur biasa.

Bagi separuh masak, lepas tu masukkan nasi. Dan korang gaullah sampai nampak rata sekalian benda yang ada tu.

Perasakan dengan garam dan sedikit sos tiram.

Siap!

Lepas tu boleh lah panggil anak-anak, jom sarapan.

Buat lebih sikit pun boleh. Tapau menu makan tengah hari sekali. Al maklumlah, I is busy like a bee. Bahaha.

Nasi goreng cina bukan setakat senang nak masak. Malah berkhasiat. Semua jenis piramid makanan ada. Karbo, protein dan sayur-sayuran.

Tak payah masak macam-macam. Sekali masak, cover semua sekali.

Malam ni jugak korang boleh cuba resepi ni. Nanti dah masak, kongikanlah rasa nasi korang kat komen yer.

Terima kasih.

Eh, terjumpa pula pasal asal usul nasi goreng kat sini.

You Might Also Like

6 comments

  1. bdk2 mmg selalu suke ns grg cina nih...
    tak pesas tp ttp sedap n penuh perisa...

    mustilah kalau kite msk sndiri lg sedap kan heheheh

    ReplyDelete
  2. Anak-anak masa kecik memang suka nasi goreng cina nanti bila dah besar suka nasi goreng kampung (anak-anak kakaklah)

    Kakak pun tak sanggup lama-lama duduk kat dapur. Cepat siap cepat boleh makan hihi...

    ReplyDelete
  3. salam admin apa khbar
    wah sedap saya bab nasi goreng suka mudah sahaja ya kalau suami tak der ahri makan anak nasi goreng add dengan telur atau ikan masin makin menjadi-jadi hee...

    terbaik..

    ReplyDelete
  4. nasi goreng cina memang sedap tapi tang mana cinanye ek? ermmm

    ReplyDelete
  5. sedapnya...
    senang dan cepat je masak kan.

    ReplyDelete
  6. Anak anak dapat ni mmg tak tengok kiri kanan Eray hihi....
    Kalau ada sup lagi bestkan....makan sambil hirup sup...pergh

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube