Oh No! Habislah Jersey Arsenal Baru

Friday, September 02, 2016

Assalamualaikum,

Nak cepat punya pasal, masa nak rendam baju Eray campurkan saja semua dalam satu baldi. Biasa Eray akan asing-asingkan ikut warna.

Masuklah sekali jersey Arsenal baru suamiku. Sayang nak basuh mesin, rendam lepas tu kincah-kincah je lah kan.

Bajet nak rendam semalam, bagi keluarlah segala kotorannnya.

Gosok-gosok manja. Lepas bilas. Masuk mesin keringkan sekejap.

Masa nak sidai tu, tersentak dada ku. Ya Allah, habis bercapuk jersey ni.

Aduh...dah lah baru pakai dua kali. Panik gila.

Terus tinggal je bakul kat luar. Tak habis sidai.

Masuk dalam capai phone, terus Google cara hilangkan turun warna baju.

Ada yang suruh rebus baju sampai keluar warna yang berjangkit tu. Tapi takkan nak rebus jersey, karang habis tercabut gambar Gunners tu pulak.

Ada yang suruh rendam limau, yang ini Eray pernah buat. Tapi tak menjadi, mungkin kena buat banyak kali tu.

Clorox Lemon pun ada yang suggest buat. Orang tu kata berjaya. Tapi again, Eray tak berani. Kain jersey macam manja sikit. Lagipun, long term clorox boleh buat baju reput. 

Google lagi. Sambil dada berdebar-debar. Eray tak nak suami sedih. Huhuhu.

Sampailah kat satu blog ni, katanya berjaya hilangkan warna turun kat tudung guna Basic H. Siap ada gambar, memang hilang warna-warna hitam yang melekat.

Eray memang simpan Basic H kat rumah. Tapi tak pernah guna untuk kes warna baju luntur.

Berlari pergi bilik air. Tadah air, masukkan beberapa titik Basic H.

Tanpa rasa ragu-ragu terus masukkan jersey yang bertompok tu. Basic H ni 100% semulajadi. Kalau tak menjadi pun, jersey tak rosak.

Korang bayangkanlah, kalau Eray rebus jersey tu. Warna luntur tak hilang, jersey pula yang rosak. Huh tak sanggup.

Bukan pasal harga. Tapi jersey tu ada sentimental value.

Pagi semalam Eray rendamkan jersey tu. Pagi ni Eray tengok semula. Ya Allah, syukur! Hilang dah tompok-tompok warna semalam.

Panik punya pasal, tak sempat pun nak ambil gambar jersey yang kena warna luntur tu.

Eray kongsi gambar yang dah elok je lah.


bersih kan?



teruk kat belah belakang..sampai berbelang-belang. lepas rendam Basic H, hilanglah warna luntur.



Wohoo gembira rasa hati. Eray tak bagitahu lagi kat suami pasal kejadian ni. Tunggu bila dia pakai sekali lagi baru nak cerita. Hehehe.


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube