Resepi Carbonara Simple & Sedap, Licin Anak-anak Makan!

Sunday, October 25, 2015

Runsing pagi ni nak masak apa. Teringat pula resepi carbonara simple ni. MakDara(MD), tak suka guna sos yang dah siap macam Pre**. Buat sendiri puas hati. Lagipun kita tahu apa yang kita masukkan.

Anak-anak pun suka sangat kalau masak carbonara ni. Cuma pagi ni, tukar guna marcaroni. Biasa guna fettuccine atau spaghetti.

Kalau korang suka resepi yang simple dan sedap. Bolehlah cuba resepi carbonara MakDara (MD) ni.

Bahan-bahan:


  • 1/2 bungkus marcaroni

  • 1 ulas bawang besar (potong dadu)

  • 1 ulas bawang putih (potong dadu)

  • 3 keping isi ayam (ikut sukalah nak letak banyak pun boleh, jangan lupa potongkan juga)

  • 1 tin cendawan butang (potong ikut suka)

  • 2 sudu besar susu tepung

  • 1 cawan air suam

  • 1 biji telur

  • Sedikit serbuk lada hitam

  • Secukup garam

  • Sedikit minyak (tak kisah minyak zaitun, minyak jangung ke, MD guna minyak sawit je)


Cara-cara:


  • Masukkan marcaroni dalam periuk, letak air banyak dan bubuh sedikit garam. Rebus hingga empuk dalam 10 minit. Tips tak nak bagi air rebusan melimpah keluar. Letak senduk kayu di atas periuk secara melintang. Api sederhana saja ye.

  • Dah empuk, toskan air dan bilas dengan air paip.

  • Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih. Tumis sampai layu.

  • Masukkan ayam dan cendawan yang dah dipotong tadi. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Pastikan ayam dan cendawan masak elok.

  • Bacuhkan susu tepung dengan air suam. Pecahkan telur ke dalam bancuhan susu tadi. Pukul sampai agak-agak mesra.

  • Kecilkan api, masukkan bancuhan susu dan telur tadi. Gaulkan laju-laju, elakkan dari bergentel.

  • Akhir sekali, masukkan marcaroni yang dah ditos tadi.


Siap!

resepi carbonara simple, resepi carbonara, resepi carbonara ayam, resepi carbonara sedap
MD suka yang kering macam ni.


Senangkan resepi carbonara simple ni? Bahan pun tak banyak, kos pun murah je. Kalau makan kat kedai, paling murah pun dah RM10.00. Buat sendiri, puas makan,

Kalau nak buat banyak, gandakan saja resepi ni.

Boleh juga letakkan Italian Herbs kalau ada. Nak lagi sedap, tabur Parmesan cheese. Tak tabur pun takpe, sedap juga.

Selamat mencuba.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube