5 Sebab Berhenti Merokok Yang Mungkin Buat Anda Berhenti Serta Merta!

Friday, October 23, 2015

Ya bukan mudah nak berhenti merokok. Tapi mungkin juga anda tiada sebab yang kukuh nak 'quit smoking' kan? 


Takpe.

Saya akan kongsikan 5 sebab kukuh mengapa anda WAJIB berhenti merokok.


1- Semakin Kacak

Mungkin anda tak tahu, tapi tabiat merokok ini membuatkan anda tua sebelum usia. Kulit berkedut-kedut, muka nampak kusam dan kulit kat tangan pun kering semacam.

Cuba tengok muka kat cermin sekarang. Kacak tak?

Lepas tu, cuba senyum...nampak tak gigi anda yang berwarna kuning tu. Itulah kesan yang rokok dah berikan. Rupa macam orang tak gosok gigi bertahun.

Kekacakkan anda yang dah tercemar sebelum ni, boleh 'restore' kembali bila anda berhenti merokok. Kulit akan menjadi semakin elok dan nampak makin berseri.

2- Bau Wangi

Cuba hembus nafas ke tapak tangan, lepas tu cium.

Ya, cium sekarang. Busukkan?

Kesian isteri anda (kalau dah kahwin), terpaksa relakan saja. Mungkin kalau anda ke temuduga pekerjaan, anda payah nak dapat kerja. Sebab bakal bos tak sanggup dengan bau badan anda.

Bau rokok tetap boleh terbau, walaupun anda guna minyak wangi Hugo.

Tahukah anda? Kalau sebelum ini anda asyik batuk, selsema dan ada masalah pernafasan. Semua masalah ini semakin berkurang dalam tempoh 3-9 bulan anda berhenti merokok.

3- Semakin Sihat

Tabiat merokok memang takde manfaatnya langsung. Cuma anda, perokok saja yang mencipta kebaikan merokok.

Merokok seolah-oleh membunuh diri secara perlahan-lahan. Malah bukan saja diri sendiri, tapi orang yang anda sayangi.

Asap rokok hanya akan merosakkan jantung, mendedahkan diri kepada penyakit kanser dan kencing manis.

Apabila anda buat keputusan berhenti merokok dan komited kepadanya. Yakinlah kesihatan anda semakin membaik.

Bayangkan hanya selepas 2 jam anda tak merokok, degupan jantung dan tekanan darah akan menurun dan hampir menjadi normal. 1 hari selepas anda berhenti merokok, anda telah berjaya mengurangkan risiko serangan jantung.

Bayangkan sajalah apa lagi kebaikan yang bakal anda dapat selepas setahun atau lebih tidak merokok.

Mungkin kalau anda terus merokok, anda takkan dapat melihat perkahwinan anak perempuan kesayangan anda. Berhenti merokok akan memanjangkan usia anda.

4- Menjadi Kaya

Takde apa yang menurun, semuanya semakin mahal sekarang.

Rokok anda pun makin mahal kan? Itu tak masuk lagi GST.

Katalah sekotak rokok RM14.00. Sehari anda habiskan 2 kotak selamba. Jumlah duit yang dibakar setiap hari adalah RM28.00.

Anda dah berjaya berhenti merokok. Sehari anda boleh menyimpan RM28.00. Cuba anda kira, kalau sebulan? Wow RM840. Setahun? RM10,080.00.

Banyakkan? Kalau anda nak kahwin lagi satu pun boleh. Cukup.

5- Isteri Pasti Makin Sayang

Ini adalah kenyataan, takde seorang isteri pun yang gembira bila suami merokok.

Cuba tanyakan apa impian mereka? Mesti mereka akan jawab, saya nak suami berhenti merokok.

Hanya hadiahkan saja kepada isteri anda, dengan berita 'saya dah berhenti merokok'. Itu saja sudah cukup, tak perlu bagi emas berjela.

Malah anda dah buktikan yang anda memang betul-betul sayangkan isteri dan anak-anak. Sebab anda tak lagi jadi pembunuh senyap mereka.

Satu keluarga semakin sihat dan bahagia.

Tapi kalaulah 5 sebab ini juga tak mampu buat anda ada rasa tergerak nak berhenti merokok. Banyak-banyaklah berdoa minta Allah lembutkan hati anda. Taubat banyak-banyak.

Pasti Allah beri kekuatan.

Sekian.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube