Pengurusan EBM: Confirm Senang Faham

Thursday, April 18, 2013

Banyak perkara yang ibu perlu tahu sebelum mula menyusukan anak. Pengurusan EBM adalah antara perkara yang terpenting. Seperti:

  • cara penyimpanan EBM
  • cara cairkan EBM
  • cara panaskan EBM 
  • dan apa sahaja yang berkaitan dengan EBM


Jangan ambil mudah. Sebab kecuaian atau sikap 'bolehlah' ibu akan mempengaruhi kualiti EBM. Kata mahu berikan yang terbaik untuk anak kan. Beriku adalah susunan susu ibu mengikut gred:

  • Gred 1 - direct feeding (hisapan terus bayi dari payudara ibu)
  • Gred 2 - fresh EBM (susu yang diperah dan diletak di dalam chiller)
  • Gred 3 - frozen EBM (susu yang telah dicairkan setelah di simpan di dalam freezer)
Walaupun Gred 3, masih tiada lagi susu lain yang mampu tandingi kelebihan susu ibu. Susu ibu adalah yang terbaik. 

Jom kita belajar cara pengurusan EBM, confirm mudah faham. Ada ibu yang baik hati telah membuat gambar bagi memudahkan ibu-ibu lain faham. Dan nak lagi best, print dan tampal. Bagi pada pengasuh atau day care yang menjaga anak comel ibu.
cara nak cairkan dan panaskan EBM

cara kendalikan EBM

nak bagi frozen EBM atau fresh EBM?

perkara yang ibu perlu tahu cara pengurusan EBM
Kredit Gambar: Puan Wan Nihayah Facebook

Selain dari itu, perkara penting yang ibu perlu tahu adalah:

  • cara pemilihan bekas simpan susu

Ini bergantung kepada bajet dan kesesuaian tempat simpanan. jika ada deep freezer, pilihan liner susu adalah yang terbaik untuk frozen EBM. Kerana saiz nya boleh menjimatkan ruang. Bagi fresh EBM pula, botol susu atau bekas dadih boleh digunakan. Pengurusan EBM menjadi semakin mudah bila ibu memulakan praktikalnya.

  • perlu beli freezer atau tidak

ini pun bergantung pada ibu. Jika ada duit lebih dan ruang yang besar. Freezer adalah tempat simpan frozen EBM yang terbaik. Kerana boleh bertahan hingga satu tahun usia simpan. Tak de freezer bukan bermakna ibu tak boleh buat stok. Peti sejuk dua pintu pun sudah memadai. Pandai-pandailah adjust ruangan peti sejuk. Jadi muat untuk susu ibu dan benda-benda lain. Tempoh simpanan frozen EBM adalah 6 bulan. Peti sejuk satu pintu pun boleh juga, cuma kurang digalakkan. Kerana tempoh simpanan yang singkat. Bagi frozen EBM selama 3 bulan sahaja.

  • ikut naluri ibu

kadang-kadang secara teorinya susu tersebut sudah tak elok nak diberikan kepada bayi. Tapi, bukan mudah bagi ibu nak buang terus EBM yang disyaki telah tercemar. Ikut naluri keibuaan ibu ya. Jangan lupa rasa dan bau dulu sebelum buat keputusan. Jika dah sudah berbau pelik dan rasa masam. Bolehlah dibuang. Ingat jangan buang begitu saja. Siramlah pada pokok bunga ya.

Jadi ibu, jomlah tuntut ilmu dulu. Pengurusan EBM tak sukar jika ibu sudah tahu basic nya. Nak mahirkan, hanya praktik saja. Mudahkan :D

nota kaki: 
saya ada menawarkan Set Penyusuan Super Bajet. Nak tahu bolehlah hubungi saya.

Suriya Ab Majid
Shaklee ID 840943
eray2311@gmail.com / welovesusuibu@gmail.com
016 773 1892

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube