Resepi Carrot Cake Paling Sedap & Paling Senang Buat

Monday, April 13, 2015

Mak Dara (MD) memang suka kek lobak ni. Asyik makan orang lain punya, teringin nak buat sendiri. Alhamdulillah jumpa dengan resepi carrot cake yang paling sedap dan senang sangat nak buat.


Masa belum buat tu MD rasa payahnya nak buat. Tapi yelah kalau kita tak cuba mana nak tahu kan. Samalah juga macam masa MD nak mula bisnes Shaklee dulu. Rasa payah, padahal tak buat lagi. Sekali dah buat. Oh mudahnya jana pendapatan dari rumah. Sambil buat kek lobak.

Sebenarnya resepi carrot cake ni, MD rujuk dari blog CMG, Dapur Kak Jee dan Azie's Kitchen. Sikit je tweak yang MD buat, nak sesuaikan dengan tekak.

resepi carrot cake, kek lobak merah, resepi kek carrot, resepi kek carrot simple,



Bahan-bahan Resepi Carrot Cake:

Bahan A:
1- 1 cawan  tepung kek
2- 1 sudu kecil double action baking soda
3- 1/2 sudu kecil soda bikarbonate
4- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
5- 1/2 sudu kecil garam halus

Bahan B:
1- 1/2 cawan kacang walnut (cincang dan bakar sekejap dalam 3-5 minit)
2- 1/2 cawan rolled oat
3- 1/2 cawan kismis
4- 1/2 cawan nenas tin (cincangkan)
5- 1 1/4 cawan lobak parut 

Bahan C:
1- 2 biji telur Grade A
2- 3/4 cawan gula perang
3- 3/4 cawan minyak jagung

Bahan D
1- 1/2 buku cream cheese (MD guna Philadelphia)
2- 1/4 buku mentega tanpa garam
3- 2 sudu besar gula icing
4- 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara Buat Resepi Carrot Cake:

1- Parutkan lobak, guna dalam 1-2 biji lobak. Bergantung pada saiz lobak. MD parut separuh kasar dan separuh lagi halus. Sebab suka tengok warna lobak bila dah kek dah masak.

2- Panaskan oven ke 180 degree. Dan bakar sekejap walnut.

3- MD guna loyang 8 inci. Sapu sikit minyak pada tapak dan tepi loyang. Alaskan dengan kertas minyak. Takde kertas minyak, guna kertas A4 sapukan minyak. Tekap loyang dan potong ikut saiz loyang. Masukkan loyang ke dalam oven dan panaskan.

4- Ayakkan semua bahan A & letak tepi. Garam kalau tak berapa halus tak payah ayak. Campurkan je lepas tepung, baking soda, soda bikarbonate dan serbuk kayu manis diayak.

5- Campurkan semua bahan B. Guna whiskers dan whisk dalam 5 minit. Sehingga gula larut dan kembang sedikit.

6- Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B sedikit-sedikit. Dan gaulkan perlahan, gunakan spatula. Guna teknik gaul dan kaup hingga sebati.

7- Masukkan bahan C. Dan gaul rata.

8- Keluarkan loyang dan masukkan sebatian kek tadi.

9- Bakar sehingga masak dalam 50-60 minit. Bila bau menyengat itu petanda kek dah masak. Boleh test cucuk lidi atau garpu di tengah. Kalau bersih je lidi tadi, maksudnya kek dah masak sempurna.

10- Keluarkan dari oven. Biarkan sejuk di dalam loyang sekejap. Dan selebihnya sejukkan di atas cake rack. Biarkan dalam 2-3 jam.

11- Masukkan bahan D ke dalam bekas. Dan pukul hingga kembang. MD guna whiskers. Cara nak tahu kembang. Warna mentega yang kuning bertukar jadi warna cream. 

12- Sapukanlah di atas kek yang dah sejuk tadi. Dan hiaskan ikut kreativiti masing-masing. Lepas tu masukkan sekejap dalam peti sejuk, bagi cream cheese setting cantik.

13- Potong dan silalah rasa resepi carrot cake ini. 

Resepi ni sekali makan tak puas. Adalah 3 kali berturut-turut MD buat. Baru rasa puas.

Sajalah share dalam FB gambar kek yang dah siap. Wah ramai pula yang minat. Alhamdulillah siap ada yang tempah.

Cuak juga nak terima tempahan mula-mula. Tapi yelah sebab nak suruh orang rasa sedapnya kek ni. Maka MD pun terima. Bisnes Shaklee tetap jalan macam biasa. 

Nampak tak? Betapa mudahnya kek lobak ni. Lagipun air tangan isteri @ ibu tu memang yang terbaik kan?

Oh kalau yang duduk area KL nak tempah kek ni, boleh je Whatsapp MD di 016 773 1892. Insyaallah MD cuba buatkan.

Nak buat jangan takut-takut. Buat je. Pertama kali buat mungkin tak menjadi. Tapi tak mo putus asa. Try buat kali kedua. Sampailah jadi seperti yang kita nak.

Nak tengok apa lagi resepi yang MD ada, boleh klik link Resepi ini.


You Might Also Like

4 comments

  1. Sungguh kakak betul-betul suka kek carrot tau
    Apa lagi kalau yg versi moisture macam ini aduhai... sedapnya:)

    ReplyDelete
  2. Alhamulillah jumpa resepi kek carrot enak.. dah cuba dan menjadi tq so much for the resepi..

    http://mummyumardian.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Nak tanya, double action baking soda, atau double action baking powder? Sbb dalam resepi ni dua2 nya nya soda... Selalunya baking powder+soda bicarb

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube