Cara Buat Nugget Ayam Paling Senang 30 Minit Siap, Tangan Tak Kotor

Thursday, March 05, 2015

Baru lepas siapkan nugget ayam. Rasanya inilah cara buat nugget paling senang dalam sejarah buat nugget. Hamboi kau, sejarah gitew.


Terpanggil nak kongsikan terus dalam blog. Kutlah ada yang sedang mencari cara paling senang, Maklumlah, ibu-ibu sekarang ni sibuk. Kalau boleh sambil buat nugget tu, nak buat kerja lain. Masa kan emas. Penting jadi multi tasking mother.

Berikut saya kongsikan cara buat nugget ayam yang paling senang. Lebih kurang 30 minit dah siap. Dan paling best lagi tangan tak kotor.

Tak payah nak bentuk-bentukkan, gentel-gentel bagai.

Bahan-bahan Buat Nugget Ayam

  • 6 keping dada ayam (buang tulang)
  • 1 biji bawang besar saiz sedang (potong dadu)
  • 1 biji bawang putih (potong dadu)
  • 1 batang lobak (potong dadu)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit lada hitam

Nota: Bahan-bahan ikut suka saje. Boleh letak apa-apa yang anda suka. Macam cendawan butang ke, italian herbs ke, cheese ke, ikut selera masing-masing.

Cara Buat Nugget Ayam 30 Minit Siap

  • Semua bahan di atas, masukkan dalam food processor dan kisar sampai sebati
  • Ambil bekas bentuk empat segi dan alaskan dengan aluminuim foil
  • Masukkan bahan yang dah siap kisar tadi
  • Ratakan bagi cantik permukaannya
  • Kemudian kukus dalam 10 minit
  • Sejukkan sebentar
  • Potonglah ikut saiz yang disukai
  • Biarkan sejuk dan bolehlah simpan dalam peti sejuk, buat frozen chicken nugget 
Nota: kalau anda jenis yang berseni, bolehlah potong ikut bentuk-bentuk yang kreatif. Tak pun potong jelah empat segi ni.
cara buat nugget, cara buat nugget ayam homemade, cara buat nugget ayam sendiri, resepi nugget ayam, resepi nugget homemade
nie rupa yang dah siap

Cara Goreng Nugget Ayam

  • Pukulkan sebiji telur
  • Ambil breadcrumbs atau boleh guna cornflakes hancur
  • Celupkan dalam telur
  • Dan golekkan dalam breadcrumbs atau cornflakes tadi
  • Lepas tu gorenglah dalam 3-4 minit

Senangkan cara buat nugget ayam ni. Tak sempat peluh nak keluar dah siap dah. Anak-anak pun suka.

Tak payah dah beli-beli nugget yang ready made tu. Tah apa-apa tah yang dia taruk dalam tu. Kalau anda buat, pastilah letak segala yang terbaik.

Yelah nak bagi makan yang tersayang. Buat banyak-banyak lepas tu simpan. Nak makan goreng je.

Selamat mencuba.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube