Susu Badan Kurang: 9 Punca Utama

Tuesday, January 07, 2014

Susu badan kurang, adalah masalah yang paling 'nightmare' bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Bayangkan perasaan ibu-ibu yang beri susu badan. Takkan mahu mengalah setelah setahun menyusukan anak. Patutkah ibu-ibu terus pasrah dan berikan susu formula?

Langit tak selalu cerah. Begitu juga dengan susu ibu. Ada masa susu badan menjadi kurang. Pelbagai sebab boleh mempengaruhi kuantiti susu ibu. Antara 9 punca yang paling TOP adalah:

1-Letih Lesu
Menjadi ibu memang meletihkan. Mana tak nya, mahu uruskan rumah tangga. Anak-anak yang lasak. Tambah pula jika ibu bekerja. 

Ibu yang kurang rehat akan menyebabkan susu badan kurang. Jadi ibu perlukan rehat yang cukup, bagi mendapatkan kuantiti susu yang cukup.

Jika berehat tak juga dapat hilangkan letih dan lesu. Ini bermakna ibu perlukan 'sesuatu' bagi mengatasi masalah ini.

Pengambilan Set Penyusuan Shaklee dapat membantu selesaikan masalah ibu yang sering letih. Vitalea, B-Complex berfungsi untuk menjana tenaga. 

Ibu yang lebih sihat dan bertenaga akan dapat hasilkan susu yang lebih banyak. Berbanding ibu yang sering keletihan. Mana taknya, selalu letih sampaikan jadual mengepam pun tungang langgang. 

Tak seperti ibu yang bijak, mengambil makanan tambahan untuk lebih sihat dan bertenaga. Jadual pam pun dapat dipenuhi. Sampaikan stok susu ibu melimpah ruah, hingga terpaksa membeli deep freezer untuk menyimpan.

punca susu badan kurang, susu badan banyak, susu badan sikit, susu badan cair, masalah penyusuan susu ibu, masalah penyusuan susu badan
sedihnya muka baby hie, tai cukup susu ke?


2-Kesihatan Ibu
Sakit atau dijangkiti kuman juga buat susu badan kurang. Berjumpalah dengan doktor bagi mengesahkan tahap kesihatan. Jika dijangkiti kuman, doktor akan berikan antibiotik. Juga terdapat beberapa penyakit yang juga menggangu penghasilan susu ibu. Seperti hipotyroid atau hypertiroid, anemia, pre diabetis, diabetis dan juga PCOS.

Bagi mengatasi masalah ini. Doktor berikan ubat-ubatan. Jangan lupa maklumkan pada doktor tentang status sebagai ibu menyusu. Sebab ada sesetengah ubat yang membuat susu badan kurang.

Jika risau ubat beri kesan pada penyusuan. Ibu-ibu masih ada alternatif lain. Mengurangkan gejala penyakit dengan mengambil supplemen yang semulajadi. Kebanyakan penyakit ini berlaku kerana kurangnya vitamin, zat dan nutrisi di dalam badan kita.

Lagi pula dengan persekitaran dan gaya hidup tak sihat. Tempat kerja yang sibuk, balik kerja ibu kepenatan. Paling mudah capai tab atau telefon untuk buat pesanan makanan segera.

Rasanya, hampir semua dari kita tahu keburukan makanan segera. Tapi pelik kan? Kita masih lagi makan dengan tiada perasan bersalah. Lagi menyedihkan, bila anak-anak kecil kita juga disumbatkan dengan makanan tak sihat itu. Kesihatan itu anugerah, maka peliharalah ia.

Tahukan ibu-ibu yang Alfalfa (salah satu item di dalam Set Penyusuan Shaklee), mampu mengawal kandungan gula dalam darah. Ini sangat baik bagi ibu menyusu yang ada pre diabetis atau diabetis. Insulin yang rendah dalam badan menyebabkan hanya sedikit saje susu yang dihasilkan oleh itu.

Alfalfa juga telah digunakan sejak dahulu. Sebagai sumber asli penggalak susu. Kandungan Vitamin K yang tinggi membantu melancarkan penghasilan susu yang banyak.

3-Caffeine
Tahukan yang coklat juga mengandungi caffeine. Jika diambil secara sederhana tak mengapa. Tapi bila banyak, boleh menyebabkan badan terhidrat. Bagaimanalah susu nak terhasil banyak, bila badan ibu sendiri tak cukup air. Amalkan minum dua liter sehari untuk elak dehidrasi dan risiko susu ibu kurang.

Kaffeine yang diambil ibu juga boleh dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu. Akibatnya bayi meragam tak sedap badan dan sukar tidur.

4-Rokok
Merokok atau asap rokok boleh ganggu pelepasan oxytocin di dalam badan. Oxytocin adalah hormon penting dalam menjayakan susu ibu. Hormon inilah yang merangsang LDR. Dimana susu akan dikeluarkan dari payudara kepada bayi. Jika susu tak berjaya dikeluarkan, bermakna tiadalah ransangan untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. 

Sebaiknya ibu, jika merokok. Usahalah untuk berhenti, jika mahu berikan yang terbaik untuk si manja.

5-Alkohol
Rokok bahaya, alkohol berganda-ganda bahaya. Menggangu LDR. Malah rasa susu ibu juga berubah. Dan menyebabkan bayi 'turn off', tak kerap menyusu.

Lebih membahayakan bila alkohol yang ada dalam susu ibu. Boleh membuatkan bayi perkembangan otak dan fizikal jadi lambat.

6-Stress
Pelbagai cabaran di rumah dan ditempat kerja. Yang boleh membuatkan si ibu stress. Kawallah stress, kerna stress yang tak dikawal menyebabkan susu badan jadi kurang. 

Ambillah makanan-makanan penghilang stress. Atau ambil saja B-Complex yang memiliki agen anti stress di dalamnya.

7-Herba dan Rempah
Kenali apa yang kita makan. Hati-hati dengan herba dan rempah yang boleh membuat susu menjadi sedikit.


8-Pil Perancangan
Tak salah mahu merancang. Tapi pilih pil yang tak menggangu penghasilan susu. Pil perancang estrogen boleh jadi punca susu kurang. 

Ambillah pil perancang progesterone, bukan saja boleh merancang. Susu ibu pun tak terjejas.

9-Hamil
Jika hamil dan masih menyusukan, hormon penyusuan akan berkurangan. Susu badan menjadi kurang, juga mengubah rasa susu ibu menjadi lebih masin.

Oleh itu ibu, jangan ambil mudah penyusuan susu ibu. Paling kurang, ambil tahu serba sedikit tentang susu ibu. Usah nanti impian nak susukan anak hingga dua tahun berkecai di tengah jalan. Ketahui punca dan cuba untuk selesaikan. Itulah cara yang terbaik.

Pengumuman Khas:
Bulan ini PROMOSI GEGAR ALFALFA COMPLEX sedang berlangsung.

Oleh itu harga ALFALFA dan SET SHAKLEE yang mengandungi ALFALFA menjadi lebih istimewa. Penjimatan PALING MENGAGUMKAN.

Harga ALFALFA COMPLEX RM53.75(SM) / RM56.25(SS). Bagi mengetahui lebih lanjut HARGA PROMOSI GEGAR ALFALFA, hubungi Eray di 0167731892.

Dah cuba sekali, pasti jatuh chenta.

You Might Also Like

2 comments

  1. PUnca-punca utama ni common je sebbenarnya kan? Cuma kalau kita tak tau, tanpa sedar kita buat, dan itulah sebabnya susu berkurangan. Saya dulu ambik kafein :(

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube